Laman web ini mengandungi cerita tentang pembangunan sistem berasaskan web, iaitu sistem yang boleh dicapai melalui internet. Bahasa pengaturcaraan utama yang digunakan adalah PHP.
Selain dari itu, ada satu kategori tambahan tak berkaitan dengan web iaitu VB.NET.
- HTML
- Hyper Text Markup Language (HTML) adalah bahasa penanda untuk mencipta laman web. Ia menentukan struktur sesuatu laman web. Ia mengandungi set arahan yang digunakan secara berulang-ulang. Pelayar web akan menterjemah kod HTML menjadi antaramuka untuk dipaparkan. Elemen dalam satu dokumen web adalah sama seperti elemen dokumen biasa, mengandungi tajuk besar, tajuk kecil, jadual, gambar, senarai dan sebagainya. Dokumen web yang dihasilkan boleh mengandungi animasi, audio dan video.
- CSS
- Cascading Style Sheets (CSS) digunakan untuk mengubah gaya HTML. Misalnya warna dan saiz tulisan. Walaupun boleh dilakukan menggunakan HTML, CSS adalah pilihan yang lebih baik. Satu arahan CSS, boleh digunakan berulang-ulang kali di semua tempat yang mempunyai ciri yang sama. Satu fail CSS boleh dikongsi oleh banyak fail HTML.
- JavaScript
- JavaScript (JS) adalah bahasa pengaturcaraan untuk web. Ia menjadikan laman web lebih interaktif. JavaScript hanya mengawal elemen web dalam Pelayar web saja, tidak merangkumi pelayan web.
- jQuery
- jQuery adalah koleksi arahan JavaScript. Ia mengandungi fungsi-fungsi yang kerap digunakan dalam JavaScript. Dengan menggunakan jQuery, kerja pembangunan laman web lebih cepat.
- Bootstrap
- Bootstrap adalah framework untuk CSS. Ia menjadikan keseluruhan laman web mesra telefon bimbit. Susunatur laman web boleh berubah mengikut saiz paparan. Bootstrap menjadi penganti kepada fail CSS. pengaturcara hanya perlu menggunakan class-class sedia ada di dalam Bootstrap.
- PHP
- PHP adalah bahasa skrip tahap pelayan. Apabila sesuatu laman web dibuka, kod PHP akan diproses di komputer pelayan. Hasilnya akan menjadi output berbentuk kod HTML yang dihantar kepada pelayar web. PHP boleh mencapai data di dalam pangkalan data. PHP boleh melakukan semua tugas sepertimana yang biasa dilakukan oleh bahasa pengaturcaraan lain.
- MySQL
- MySQL adalah sejenis pelayan pangkalan data berstruktur. Ia boleh menyimpan data dengan banyak, dan sangat popular digunakan bersama dengan PHP.
- VB.NET
- Visual Basic.NET adalah sejenis bahasa pengaturcaraan visual. IDE yang digunakan adalah Visual Studio. Aplikasi yang dihasilkan dari VB.NET adalah stand-alone. Aplikasi tersebut boleh disambungkan dengan pangkalan data, dan boleh juga digunakan untuk mengawal peranti.